BAB 2 : Sistem Ekonomi Dan Peranan Kerajaan.
1. Sistem Ekonomi terbahagi kepada;
(a) Sistem ekonomi pasaran bebas,
(b) Sistem ekonomi perancangan pusat,
(c) Sistem ekonomi campuran,
(d) Sistem ekonomi Islam.
2. Sistem ekonomi pasaran bebas ialah sistem ekonomi yang dijalankan tanpa campur tangan kerajaan.
3. Ciri-ciri sistem ekonomi pasaran bebas;
(a) Tiada campur tangan kerajaan,
(b) Pemilikan persendirian,
(c) Mekanisme harga memaikan peranan penting,
(d) Wujud persaingan,
(e) Pengguna dianggap sebagai RAJA.
4. Masalah asas ekonomi dalam sistem ekonomi pasaran bebas diselesaikan melalui mekanisme harga (kuasa Pn dan Pm) dalam pasaran faktor (tempat jual beli faktor-faktor pengeluaran) dan pasaran barang (tempat jual beli barang dan perkhidmatan).
5. Kebaikan pasaran bebas;
(a) Kebajikan individu dan masyarakat dimaksimumkan,
(b) Kebebasan yang bebas dalma melakukan kegiatan ekonomi,
(c) Menggalakkan penggunaan barangan dan faktor pengeluaran secara cekap,
(d) Mendorong kemajuan teknologi dan inovasi,
(e) Pasaran memberikan maklumat tepat kepada pengguna.
6. Kelemahan pasaran bebas ;
(a)Ketidakstabilan ekonomi;
(b)Agihan pendapatan yang tidak saksama,
(c)Kegagalan menyediakan barangan awam,
(d)Menggalakkan amalan monopoli,
(e)Kos sosial dan kesan luaran negatif.
7. Sistem ekonomi perancangan pusat merupakan sistem ekonomi yang diatur sepenuhnya oleh kerajaan. Ciri - cirinya ialah ;
(a)Kerajaan mengatur keadaan ekonomi,
(b)Semua harta adalah milik negara,
(c)Tidak bermotikan keuntungan.
8. Semua masalah asas sistem ekonomi perancangan pusat diselesaikan oleh kerajaan.
9. Kebaikan sistem ekonomi perancangan pusat;
(a)Pengeluaran secara skala besar-besaran,
(b)Kesaksamaan pendapatan,
(c)Pengeluaran tanpa persaingan,
(d)Kestabilan ekonomi.
10. Kelemahan sistem ekonomi perancangan pusat;
(a)Kesilapan dalam membuat keputusan mungkin berlaku,
(b)Kurang motivasi dan insentif,
(c)Teknologi dan inovasi tidak berkembang.
11. Sistem ekonomi campuran merupakan gabungan antara sistem ekonomi pasaran bebas dan perancangan pusat. Sistem ekonomi menggunakan mekanisme harga dan kawalan kerajaan dalam kegiatan ekonomi.
12. Ciri-ciri sistem ekonomi campuran;
(a)Harta bebas dimiliki oleh individu, pengeluar dan kerajaan,
(b)Individu, pihak swasta dan kerajaan sama-sama membuat keputusan,
(c)Harga ditentukan oleh mekanisme harga dan kawalan kerajaan,
(d)Persaingan yang bebas dan kerajaan memastikan persaingan yang sihat dan bersih,
(e)Motif pengguna ialah mencapai kepuasan maksimum, pengeluar ingin untung maksimum dan kerajaan hendak memaksimumkan kebajikan rakyat.
13. Tujuan kerajaan campur tangan;
(a)Mewujudkan kestabilan ekonomi,
(b)Menyediakan barangan awam,
(c)Mengelakkan amalan monopoli,
(d)Merapatkan jurang pendapatan rakyat,
(e)Menghapusakan kesan luaran yang negatif,
(f)Mengawal aktiviti pengeluaran yang bertentangan dengan undang-undang.
14. Sistem ekonomi Islam ialah sistem ekonomi yang berasakan hukum-hukum dan syarak dengan mengggunakan al-Quran dan Hadith sebagai rujukan.

No comments:
Post a Comment